
Kampung Astana asalnya dipanggil Kampung Sungai Bedil kerana sejak abad ke-19 lagi, ia merupakan petempatan yang telah dianugerahkan oleh pemerintahan Raja Brooke dipercayai di bawah pentadbiran Raja Charles Brooke, Raja Putih Sarawak Kedua.[perlu rujukan] Kebanyakan penduduk kampung ketika itu bekerja di istana selain daripada nelayan dan juga petani secara kecil-kecilan.
Tidak ketinggalan juga kebanyakkan mereka bekerja sebagai pengusaha 'Perahu Tambang' iaitu sejenis perahu yang membawa penumpang sama ada dari tanah seberang (kampung) ke bandar Kuching dan sebaliknya. Tidak dapat dipastikan jumlah sebenar penduduk awal di Jalan Astana ini, walau bagaimanapun, ramai di kalangan penduduk berhijrah ke kampung tersebut selepas Perang Dunia Kedua.
Difahamkan bahawa lingkungan sempadan Kampung Astana Lot ini daripada Lorong 2 hingga ke Sekolah Encik Buyong. Berhampiran dengan kampung ini terdapat beberapa kampung berdekatan (selain Kampung Sungai Bedil) ialah Kampung Lintang atau Kampung Hashim dan Kampung Tupong.
No comments:
Post a Comment