the.0fficialy.Me

Open Letter

Welcome kpd semua pelayar internet dan terima kasih kerana sudi melawati my blog at

http://moasleeq.blogspot.com

saya berharap anda terhibur dan gembira melayari my website.

Thursday, July 1, 2010

Chermin


Cermin adalah permukaan memantul yang cukup licin untuk membentuk imej. Cermin dikenali ramai sebagai sejenis benda yang boleh memantulkan cahaya ataupun bayang-bayang.

Cermin awal terdiri daripada kepingan atau helaian logam digilap, biasanya logam peraktembaga apabila imej yang dipantuklan kembali adalah untuk dilihat (seperti perapian diri) tetapi juga dari logam lain apabila hanya penumpuan cahaya terbias yang diperlukan. atau

Kebanyakan cermin moden terdiri daripada lapisan nipis aluminium disalut pada kepingan kaca. Ia adalah sepuh belakang, di mana permukaan memantul dilihat melalui kepingan kaca; ini menjadikan cermin tahan, tetapi mengurangkan kualiti cermin kerana tambahan biasan permukaan depan kaca. Cermin seperti ini membalikkan sekitar 80% daripada cahaya tuju. "Bahagian belakang" cermin sering dicat hitam sepenuhnya untuk melindung logam dari hakisan.



Sinaran cahaya dipantul oleh cermin pada sudut pantulan yang bersamaan dengan sudut tuju. Iaitu, sekiranya sinar cahaya memancar atas permukaan cermin pada sudut 30° dari tegak, maka ia akan dipantul pada titik tuju pada sudut 30° dari tegak pada arah yang bertentangan.



Bertentangan dengan kepercayaan am, cermin sebenarnya tidak menyongsangkan kiri-ke-kanan; ia sebenarnya menyongsangkan depan-ke-belakang sementara komponen kiri-ke-kanan dan atas-ke-bawah kekal tanpa perubahan. Kekeliruan berpunca daripada persepsi bahawa seandainya seseorang berdiri di belakang cermin berdepan dengan kita, seperti bagaimana kelihatan dalam pantulan kita, maka mereka akan kelihatan songsang kiri-ke-kanan relatif kepada diri kita sendiri. Akan tetapi, songsangan kiri-ke-kanan ini bukanlah dihasilkan oleh cermin tersebut, sebaliknya oleh orang khayalan yang bergerak kiri-ke-kanan untuk menghadap kita daripada belakang cermin.


No comments:

Post a Comment