
Kuching juga merupakan kedudukan pusat kerajaan pada Sarawak moden. Ia mempunyai seorang Ketua Menteri yang memimpin Kabinet Menteri. Beliau adalah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dari ahli pensidang pada perlantikan yang diadakan setiap lima tahun.
Ketua Menteri yang sekarang ialah YAB Pehin Sri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Haji Abdul Taib Mahmud. Kuching ialah tempat di mana Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Patinggi Haji Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng menetap.


Kuching mempunyai iklim tropika yang sederhana panas serta banyak berhujan. Hujan tahunan puratanya adalah lebih kurang 4,000 mm atau 160 inci. [2]. Kuching ialah bandar raya yang paling lembap di Malaysia. Bulan-bulan yang paling lembap adalah antara November dan Februari semasa musim Monsun Timur Laut. Suhu puratanya adalah di sekitar 23°C pada jam-jam awal pagi dan naik sehingga lebih kurang 32°C pada tengah hari. Suhu ini adalah tetap pada sepanjang tahun.
Kuching mendapat sebanyak lima jam sinaran matahari pada puratanya setiap hari. Pada bulan Januari, semasa kemuncak musim monsun, sinaran matahari setiap hari adalah lebih kurang 3.7 jam. Hujan lebat pada tempoh ini kekadang mengakibatkan banjir.
Agama-agama utama penduduk Kuching ialah Islam, Buddhisme dan agama Kristian. Orang Melayu menganuti agama Islam dan menurut undang-undang, semua orang Melayu adalah Muslim. Orang Cina menganuti Buddhisme atau agama Kristian. Kebanyakan orang Dayak adalah penganut agama Kristian, kecuali orang Melanau yang kebanyakannya adalah Muslim.
Kebanyakan penduduk Kuching berupaya berhubung dalam bahasa Melayu serta juga bahasa Inggeris. Bagaimanapun, keupayaan bahasa Inggeris mereka amat berbeza dari seorang ke seorang. Loghat bahasa Melayu yang dituturkan di Kuching dikenali sebagai bahasa Sarawak. Bahasa Sarawak mempunyai perbezaan leksikal dengan loghat yang dituturkan di Semenanjung Malaysia.
Selain daripada bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, penduduk Kuching biasanya juga boleh bertutur dalam loghat atau bahasa etnik sendiri. Seorang Iban boleh bertutur dalam bahasa Iban, seorang Bidayuh dalam bahasa Bidayuh, dan seorang Cina biasanya boleh bertutur dalam beberapa loghat Cina. Loghat Cina yang paling biasa ialah bahasa Mandarin serta loghat Hokkien di Kuching. Bagi orang Bidayauh, loghat Bidayuh yang dituturkan di sebuah kampung amat berbeza dengan loghat yang dituturkan di kampung yang lain.
Bagaimanapun, sebilangan kecil penduduk Bandaraya Kucing bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama mereka.
No comments:
Post a Comment