the.0fficialy.Me

Open Letter

Welcome kpd semua pelayar internet dan terima kasih kerana sudi melawati my blog at

http://moasleeq.blogspot.com

saya berharap anda terhibur dan gembira melayari my website.
Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Standing In The Eyes Of The World

Sunyi sepi di hening pagi yang indah ini namun, lenaku terganggu oleh sekicauan burung yang bersiulan menari di langit biru yang terbentang luas di muka-bumi. Perasaan yang selalu bermain di kotak minda ku tatkala mata dunia memerhatikan arah tuju hidup sesebuah negara yang sedang membangun dengan pesatnya.

Deruan angin di jendela tingkap ku bersepoi-sepoi melaungkan luahan hati yang tersimpan sekian lamanya dek kerana menunggu masa untuk berhembus bayu. Suatu hari nanti, dunia pasti melihat kejayaan bangsa kita rakyat Malaysia berbisik di hatiku. Bertalu-taluan bunyi detik jam dinding ku bergema dek kerana aku terleka dengan siulan nyanyian sang burung di pagi ini.

Alangkah indahnya, aku merasa syukur kepada-Mu yang maha Esa kerna aku mampu bernafas kembali pada hari ini meskipun terbuai oleh mimpi-mimpi duniawi. Aku tahu masih banyak perjalanan yang belum lagi pasti arah tujuan-nya. Oleh begitu yang maha Pencipta mampu melupuskan segala nikmat dan kudrat kita dengan sekelip mata.

Sepatutnya kita perlu bersyukur dengan segala nikmat yang Allah swt telah berikan untuk digunakan sebaik mungkin oleh umat manusia. Kemalasan yang melanda ku untuk bangkit daripada kamar menyatakan jam dinding menuju detik 8.30 pagi. Lantas, ku gapai tuala di dinding untuk menuju ke bilik mandi.

Selang 5 minit ku berada di dalam bilik mandi, tiba-tiba telefon bimbit ku berdering dengan alunan lagu semasa Lady Gaga~Telephone. Ku segerakan mandi dengan sepantas mungkin untuk keluar menjawab panggilan tersebut.

Yang pastinya, aku terlepas panggilan tersebut dan berlalu hampa menunggu sekali lagi untuk mendengar deringan lagu Telephone. Ku cuba terokai nombor yang tertinggal di muka skrin mobil-ku yang bernombor 6013-7251364 tetapi aku sendiri tak pasti siapa gerangan tuan yang empunyai nombor tersebut..?

Lantas ku segerakan kaki untuk menuju ke ruang dapur untuk bersarapan pagi bersama ibu ku. Bonda seorang yang penyayang dan baik hati kerana dia yang telah menjagaku sejak kecil sehingga ku dewasa ini. Perjalanan kaki-ku terhenti seketika, tatkala deringan nombor yang sama muncul di skrin mobil-ku sekali lagi.

Aku segera menjawab panggilan itu, ku dengari suara lunak seorang gadis yang membahasakan dirinya sebagai Ayu Ramlee dan menyatakan temujanji yang bakal datang kepada-ku. Dia segera memberitahuku iaitu temuduga novelis tempatan yang akan terpilih untuk menyertai program novel emas antarabangsa. Suatu saat yang pasti terlintas di fikiran ku iaitu aku bakal mewakili negara Malaysia di dalam program tersebut.

Bagai seronok di sarungkan bantal yang enak kerna tika saat itu yang pasti aku adalah calon yang telah terpilih untuk program itu. Benak fikiranku jauh memikirkan rangka kisah yang bakal ku persembahkan di dalam program itu nanti. Terus ku mendapatkan ibu yang telah lama menunggu di meja makan untuk sama-sama bersarapan dengan-ku.

Paling mengembirakan daku pada saat itu adalah impian yang bakal ku tempuhi di dalam program tersebut, memberi peluang dan pengetahuan untuk ku berkarya di dalam bidang penulisan novel emas antarabangsa bagi mewakili negara Malaysia di mata dunia. Mata pena-ku akan terus menari dengan serangkaian cerita dan kisah yang bakal ku persembahkan kelak di dalam program tersebut.

Jam tanganku menunjukkan pukul 9.30 pagi dan aku terpaksa pergi untuk ke pejabat dengan berbekalkan toast-bread yang telah ibu ku sediakan sebentar tadi. Ku capai kunci kereta dan bersalam dengan ibu-ku untuk memulakan perjalanan menuju ke pejabatku.

Hampir pasti di dalam benak mindaku satu impian bakal tercapai dengan matlamat yang akan ku genggam untuk menjadi novelis yang terunggul di mata dunia. Oleh itu, aku nekad untuk berlatih mempertajamkan buah fikiran ku yang kusut dek kerana masalah duniawi. Sedang ku dalam perjalanan menuju ke pajabat tiba-tiba terlihat oleh mataku suatu kejadian yang pasti tersemat selamanya di minda.

Suatu kemalangan yang dashyat terjadi di antara sebuah kereta Honda-Civic bersama Lori Balak dengan muatan yang melebihi aras merbahaya. Sekeluarga, di-sahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan hentakkan kayu balak yang merempuh kereta mangsa dengan kelajuan pada tahap maksimum.

Ku amati darah yang membanjiri jalanraya dengan begitu banyak sekali. Adakah ini etika pemandu di negara Malaysia.? Sejak berdekad lamanya kes kemalangan jalanraya sebegitu seiring terjadi dek kerana kelalaian sistem pemanduan dan sifat gelojoh serta tidak sabar semasa berada di jalanraya.

Perasaan sedih bercampur hiba merasai diriku tatkala di ruang radio penyanyi Jaclyn Victor mengalunkan lagu Wajah daripada sebuah program realiti tv swasta. Namun di hati kecil ku sempat berdoa semoga roh2 mangsa di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dan soleh.

Tanpa membuang masa lagi, aku teruskan perjalanan menuju ke pejabat dengan segera. Setibanya di tempat kerja meja ku di penuhi oleh sekelompok timbunan fail-fail yang perlu ku up-date dengan segera kerna aku perlukan masa untuk study case kesemua fail-fail tersebut. Terasa cepatnya masa berlalu dengan jam tanganku menunjukkan pukul 11.30 pagi dan aku perlu, menghadiri satu lagi seminar yang telah di anjurkan oleh produksi pena global.

Bagi melengkapkan keadaan ku yang sedikit kelam kabut bagaikan di landa ribut, ku teruskan jua untuk menghadiri seminar itu. Terdetik di hati kecil-ku yang menyatakan seolah-olah aku sedang bermimpi namun, setiap indivdu perlu berusaha rajin dan bertanggungjawab di dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Ku terus menanti saat dan masa beredar dengan sendirinya. Sepantas yang mungkin aku menyediakan segala keperluan untuk seminar tersebut, sementara aku memikirkan suara lunak Cik Ayu Ramlee yang menghubungi-ku pada pagi tadi. Rakan sekerja ku menyerpa dari sebelah meja ku lantas bertanyakan peristiwa yang menarik telah terjadi kepada-ku pada hari ini.

Suara ku bergema, menceritakan kepada teman sekerja-ku mengenai kejadian yang telah ku tempuhi pada hari ini. Mobil bimbit ku berbunyi dengan dendangan lagu "Telephone "daripada Lady Gaga menamatkan penceritaan ku mengenai kejadian kemalangan yang berlaku kepada teman sekerja ku tadi.

Aku terus menjawab panggilan itu dan suara Ayu sekali lagi menjengah ke telinga ku seakan terapung di atas udara yang samar dari pandangan mata. Dia telah menyatakan sekali lagi mengenai seminar pada hari ini dengan nada yang bersahaja tetapi serius di dalam perbualan telefonnya.

Sandwich kegemaran-ku iaitu Double-Cheese Tuna di bawa bersama untuk ku mengalas perut sementara di dalam perjalanan menuju ke seminar tersebut. Sekali-sekala keresahan bermain-main di fikiran-ku kerna situasi yang terjadi memungkinkan keadaan yang bertaburan dan bercelaru. Sungguh bingung untuk-ku memikirkan keadaan kemalangan yang masih tergambar di dalam minda-ku. Apakah segala takdir manusia sama ataupun berlainan dengan akhir masa yang kita sendiri tak pasti bila akan menemui Sang Pencipta..?

Di dalam masa yang tinggal setengah jam sahaja amat memerlukan segala usaha titik peluh ku meleleh dengan kehangatan mentari. Bila kah agaknya, aku dapat merasakan angin deruan pantai untuk pergi bercuti bersama keluarga dan mengalami detik-detik indah suasana riang santai di pantai pasir dan laut..?

Lagu Lucky dendangan daripada Jason Mraz dan Colbie Caillat menimbulkan ingatan ku kepada seseorang yang sudah begitu lama hilang lesap, tiba-tiba muncul kembali di saat itu aku hanya seorang pelayan di sebuah restoran terkemuka.

Suasana yang sibuk dan kepenatan menyebabkan aku seorang sahaja yang tertinggal di bahagian penggendalian makanan dan minuman. Gambaran yang sekilas nyata ku terpandang kepada seseorang dan dia, begitu asyik menyaksikan telatah ku melayan para tetamu yang menghadiri mesyuarat di sebuah syarikat terkemuka.

Dengan berpura-pura, aku menyibukkan diri dengan para tetamu yang begitu gelojoh dan lapar untuk mendapatkan segala makanan serta minuman yang telah ku sediakan sebentar tadi. Akhirnya, manusia kalah kepada sifat nafsu mereka kerna begitu lapar mereka sanggup berebut untuk mendapatkan segala makanan yang ada di atas meja bufet di bilik mesyuarat itu.

Kadang-kala kehidupan tidak seindah yang kita impikan dan begitulah pesanan ibu kepada-ku pada ketika itu. Jeritan seseorang membangunkan aku daripada lamunan di dalam ingatan kepada memori silam tadi.

Sungguh tak di sangka lampu isyarat sudah pun lama berwarna hijau tetapi kereta ku masih terhenti di tengah jalan menyebabkan hon kereta di belakang ku berbunyi dengan bingit-nya.

Aku yang terkedu sebentar mendengar bunyian hon tersebut dengan segera aku bergegas menekan minyak dan terus berlalu dari situ. Bagi-ku pengalaman hidup amat berharga dan sukar di beli atau di beri oleh sesiapapun. Hatiku masih memikirkan seminar yang bakal aku hadiri sebentar lagi.

Saat yang di tunggu telah pun tiba, apabila bangunan seminar yang bakal aku masuki telah pun berada di depan mata. Kini hanya menanti kaki ku melangkah keluar daripada kereta dan berjalan menuju ke dewan seminar.

Dengan cepat, aku meluru terus ke meja pendaftaran untuk menyemak nama dan mengambil risalah berkenaan seminar itu. Selepas mendaftar nama, aku memasuki dewan seminar dengan perasaan gembira kerana akhirnya, aku tiba pada masa yang di tetapkan oleh Cik Ayu Ramlee.

Suasana yang sesak dengan kebanjiran manusia dan aku bersyukur kerna terjumpa sahabat lama iaitu Ikram datang serta berjabat tangan denganku. Tidak di sangka-sangka kerna sudah 15 tahun tidak berjumpa lagi dan akhirnya, kami bertemu di seminar tersebut. Acara akan di mulakan tak sampai 5 minit lagi dan kami berdua, berborak dengan rancak tanpa mempedulikan orang lain di dewan itu.

Berbagai kisah yang kami bualkan, namun masa mencemburui kerna seminar sudah pun bermula dengan ucapan aluan daripada Pengacara Majlis Cik Ayu Ramlee. Begitu terpegun aku melihat dia yang pertama kali mengacarakan majlis sebegitu.

Tanpa membuang masa, seminar pun bermula dengan Panel Pertama membentangkan topik berkenaan tema dan persoalan sesebuah rangka cerita. Seperti biasa, aku khusyuk mendengar sambil mengingati perkara yang di bincangkan serta aku menulis di dalam nota kecil yang ku bawa bersama ke seminar itu.

Belum lagi setengah jam berlangsung-nya seminar itu, tiba-tiba poket seluar ku bergetar dan bergegar dengan kuatnya tanpa nada bunyi yang telah ku senyapkan sebelum bermula-nya seminar tersebut. Apabila ku amati, skrin mobil bimbit ku tertera nama Ibu dan terdetik di fikiran ku iaitu untuk menjawab dengan segera sementara aku cuba untuk keluar sebentar daripada dewan seminar itu.

Akhirnya dengan secepat mungkin aku menjawab panggilan itu dan suara Ibu sedang menahan sebak yang aku sendiri, tidak mengerti maksud-nya..?

Berbagai-bagai yang sedang aku fikirkan pada ketika itu kerna Ibu tidak mungkin apatah lagi akan menghubungi ku sekira-nya perkara penting dan Ibu perlu memberitahu-ku dengan segera.

Apa pun, aku terus menanya kepada Ibu berkenaan hal yang ingin di nyatakan sehingga mengundang kesedihan yang teramat untuk-nya. Hidup umpama sebuah kejutan dan masalah yang tidak pernah habis untuk kehidupan seorang insan di bumi ini. Sekilas senyuman bererti seribu masalah yang melanda namun aku tetap teguh berdiri.

Sebetul-nya, kita perlu bersyukur dengan segala nikmat yang telah di beri dan menggunakan ia dengan sebaik mungkin. Aku tahu di dalam setiap diri individu mempunyai 7 personaliti yang berlainan mengikut persekitaran waktu yang berbeza.

Namun, aku tanpa berlengah lagi terus berlalu meninggalkan dewan seminar yang sedang berjalan kerana perkara yang di nyatakan oleh ibu ku sebentar tadi.

Berpusing-pusing fikiranku memikirkan natijah yang terjadi pasti ada hikmah di sebalik-nya. Kita sebagai hamba-Nya, hanya mampu akur dan pasrah namun kita perlu berusaha meningkatkan mutu hidup diri demi pembangunan yang semakin maju dan menjadi-jadi di negara kita Malaysia.

Sedang asyik melayan fikiran-ku yang berserabut di resah khuatir secara tak sengaja aku terpandang kepada cakera padat lama dan aku jarang memutarkan-nya semenjak sukan berprestij Komanwel 1998 di Malaysia. Rakyat Malaysia pada ketika itu, berbangga dengan adanya atlit-atlit negara yang mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Mungkinkah aku akan menjadi salah seorang daripada mereka yang telah mengharumkan nama negara Malaysia di mata dunia nanti..?

Rasanya fikiran melayang-layang ketika ini, namun aku mengerti sepanjang hidup manusia setiap kali ada cabaran yang mendatang bagaikan hujan dan panas mentari. Bisakah kita kembali seperti dahulu ketika masih di ulit mimpi yang indah dan ceria bersama pelangi.

Perlu satu tanda hidup yang baru untuk melepasi segala rintangan demi sebuah kehidupan yang kekal abadi.

Ibu menelefon-ku lagi untuk mengetahui bahawa aku di dalam perjalanan menuju ke rumah. Hari yang malang bagi ku, kerna menghadapi keadaan sebegini sementara impian ku hanya tinggal setiti ke titik kejayaan.

Kedaifan hidup kadang-kala, menyebabkan manusia hilang arah tuju dan tersasar dari jalan hidup yang sebenar tetapi perlu yakin kepada yang maha Esa. Hanya doa dan solat sahaja dapat membantu kita menentang sifat-sifat yang jahat serta tidak bermoral.

Akan tetapi manusia sering-kali, tersalah dan terarah kepada bidang yang tidak di sukai oleh mereka terutama di dalam kehidupan yang serba mencabar ini. Aku yang tersepit di dalam keadaan seperti hilang arah kerna layar kapal yang telah berubah mengikut arus angin persekitaran.

Sampai bilakah, hidup ku harus begini kerna aku perlukan perubahan bagi masa depan yang lebih baik untuk diri-ku. Bisik hati yang selalu berubah arah mengikut waktu dan keadaan hidup serba canggih lagi moden.

Kita seringkali terlupa kehidupan sememang-nya asam garam yang di warnai dengan rasa sakit manis walaupun Aku tidak bisa menepis-nya.

Pedih dan harapan kian punah tapi aku tahu inilah jalan yang telah di pilih yang di tentukan untuk kita sebagai manusia di muka-bumi ini.

Adakalanya, aku tak pasti arah jalan yang mana harus ku pilih seperti mendirikan masjid tidak semudah yang di sangka dan perlukan perancangan yang lama serta berbulan-bulan. Kiranya umi tahu segalanya akan tetapi aku tak berharap pada jalan buntu. Kerna yang pasti menunggu akhirnya jalan cinta yang ku cari-cari selama ini.

Berkurun lama menanti tiba saat yang ku tunggu demi mencapai impian ini. Persamaan ini sering-kali tidak di duga kerna aku perlu menilai dan memahami erti cinta itu.

Perjalanan di dalam mencari jawapan hidup ada kala nya sukar di sertai rintangan yang mendatang tiba tanpa aku sedari. Umi berpesan pada ku hidup biar berbudi agar kita di kenang dan di ingati selalu oleh mereka yang bergelar manusia.

Ya, aku pasti mengejar cita-cita ku untuk berjaya di dalam bidang yang ingin ku ceburi umpama menari dalam menyanyi membuahkan setiap hasil berkat usaha kita sendiri. Hanya kita sahaja yang mampu menentu kan arah tuju hidup yang penuh onak liku di bumi ini.

Detik berlalu sekelip mata dengan setiap saat bagai satu sudu yang bertaburan tanpa di susun rapi oleh tuan empunya rumah. Adakalanya aku berfikir alangkah indah jika menikmati kehidupan yang senang berbekal kan ilmu serta kewangan yang cukup.

Cuma aku tahu itu hanyalah angan-angan yang tak pasti untuk bila aku akan mengecapinya. Setiap cabaran dan dugaan hidup menguji kita di dalam pelbagai aspek hidup seandainya kukuh kita bertahan dan rapuh kita kecundang. Aku perlu lebih kuat mengharungi semua dugaan tersebut.