the.0fficialy.Me

Open Letter

Welcome kpd semua pelayar internet dan terima kasih kerana sudi melawati my blog at

http://moasleeq.blogspot.com

saya berharap anda terhibur dan gembira melayari my website.

Friday, July 23, 2010

Aku Kini Bebas

Sekian lama-nya aku bertahan ke hari ini detik ini saat ini dan inilah masanya..

"BEBAS" semula daripada kerajaan yang tidak pasti penghujung-nya namun, aku tekad bangkit semula walaupun dari bawah bumi.

Mereka tak mengerti bahwa Jumaat ini terakhir untuk ku dan suatu hari nanti kita berjumpa lagi. Percaya atau tidak ianya telah pun berlaku dan terjadi untuk meneruskan kesinambungan hidup ku yang terapung di udara bak embun-embun di pagi hari.

Semangat hidup itulah slogan laungan yang selalu di dengari oleh semua namun adakah mereka sedar maksud ayat tersebut..?

Aku kini bebas berlari daripada belenggu jajahan seorang insan yang tidak mengenal erti budi hidupnya hipokritis sinikal dengan jawapan yang lazim di ucapkan oleh-bibirnya.

Bukan untuk mengutuk mencaci sesiapa tetapi isi hati yang tersimpan sejak berbulan lama-nya dan akhirnya, aku kini bebas.

Keadaan sekeliling yang memaksa amat payah dan perit untuk ku lalui saban hari tetapi Allah s.w.t maha kuasa menentukan segala titik tolak hidup seseorang insan itu. Kita sebagai insan dan khalifah di bumi ini perlu mensyukuri segala nikmat yang sementara sahaja tetapi yang pasti kehidupan abadi kekal menanti di penghujung waktu nanti..

Pelbagai cerita andaian omongan dan bermacam-macam lagi telah ku dengari dengan pelbagai masalah yang melanda di tempat kerja rumah sewa rumah sendiri persekitaran di luar ..adakah ianya mencukupi untuk ku di kala ini..?

Begitulah ragam manusia yang sentiasa tidak pernah puas dengan segala nikmat di alam ini. Oh! sungguh merugikan dan membuang masa selama berbulan-bulan tetapi hasil-nya tiada..!

Berdoa memohon ampun dan di murahkan rezeki bagi mengisi segala besi-besi pahit nan berduri.. Tidak pernah ku hayati apakah matlamat hidup yang acap kali berpusing pada paksi yang sama lagi menyusahkan diri sendiri di kala ini..?

Payah dan terus Payah untuk mengharungi nya kerna tak seorang pun di antara mereka yang mengerti perasaan hati pada masa ini.

Berlandaskan noktah abadi tetap dan rumit ku ulaskan di sini..?

Bicara hati ke hati memerlukan sokongan padu pihak yang lain tetapi perlukah itu semua untuk kekal berdiri pada garis sendiri..?

Sejauh mana pun bersembunyi masalah masih bernyanyi berlari mengejari aku secepat yang mungkin tanpa perlu berhempas pulas mencari alas rezeki sesuap nasi.

Rindu ku pada ayahanda di kala ini mengajar aku seribu erti onak duri payah nya jadi seorang lelaki yang Perlu belajar menjadi diri sendiri tanpa bayangan orang lain.

Isu-isu semasa mewarnai segala cerita duniawi namun kekal abadi adalah amalan diri yang telah di laksanakan semasa menjadi insan di bumi ini.

Aku redha dan terus meneruskan paksi diri di garisan ini untuk menjadi terbaik di antara yang terbaik sekali.. :D

Segala kisah berfungsi pada aksi-nya sendiri yang di barisi para pelakon duniawi semata-mata demi meneruskan bakti budi di negara tercinta ku ini (1Malaysia).

Atap.Umbi : Hidup Ku Teruskan walau hari tetap silih berganti demi Jati-Diri.

No comments:

Post a Comment