the.0fficialy.Me

Open Letter

Welcome kpd semua pelayar internet dan terima kasih kerana sudi melawati my blog at

http://moasleeq.blogspot.com

saya berharap anda terhibur dan gembira melayari my website.
Showing posts with label Memori. Show all posts
Showing posts with label Memori. Show all posts

Wednesday, June 15, 2011

So Yesterday (;


Thankyou Kak Aton Zain & Cik Eira Syahirah serta Aqilah (tunang Tariq Idzwan).. Panjang umur inshallah, berjumpa lagi yea.. :)

Semalam tonton Kl Gangster ! di KLCC tayangan malam tp memang best giler !!

Juga sempat ambik foto Candid Camera sakan semalam :)

Makasih banyak2 Yer.. (; (>> Mantapp! <<)



Kepada En.Ricki Shin dan En.Tariq Idzwan terima kasih gak semalam :)

Anda the Best!! ..and semoga sukses selalu for kerjaya and masa depan .. Amin'

Muaz Fanpage Facebook

Atap.Umbi : Terima kasih daun keladi panjang umur berjumpa lagi ..ahaks!


Tonton Wayang-KL Gangster!


Memang Best !! i Give 5 Star after tonton 2 kali di Mid Valley & KLCC semalam.. Gempaq and Berevolusi Gangster yang semakin fofular pada dekad ini..

Permulaan penceritaan yang menarik dan tersusun cuma yg menjadi konfius latar muzik yang tak sesuai dengan babak yang di tonjolkan..

Babak yang paling hebat pertarungan yang di aksikan oleh Aaron Aziz dan Ady Putra !! Fuhhh, memang kena pada watak dan karakter yang di adaptasi ke dunia realiti seperti filem ini..

King and Dragon 2 kuasa besar dalam dunia gangster turut di puji kerna berjaya menghidupkan karakter masing2.. Juga watak Zizan dan Sofi Jikan di selitkan bersama unsur-unsur humour serta komedi gangster yang berdialog kan "Gua-gua .. Lu-Lu" .. Cukup sempurna pada babak dan ekspresi wajah2 mereka namun, watak Zizan mati apabila di kemuncak ke klimaks jalan cerita..

Penonton juga di selitkan unsur2 kekeluargaan bagi karakter utama Aaron Aziz, Ady Putra dan Sheera Iskandar (sekadar watak pembantu) memberi impak dan kesan mendalam kepada ibu mereka yang hidup keseorangan serta menjaja di tepi jalan. (Amat Menyentuh Perasaan)

Akhir jalan cerita, selesai semua-nya dek dendam lama yang membara dan di larang meniru atau mengikuti aksi2 ganas di dalam filem KL Gangster! 5 Bintang (;


Atap.Umbi : Cubaan hidup takkan terganti bagi insan yang bersabar dan mensyukuri nikmat-Nya.

Thursday, June 9, 2011

Hati & Firasat


Apakah hati dan firasat menyelubungi anda di kala perasaan bermain di minda..?

-bab terlerai cinta-

Fikirkan cinta di kala kesepian melawan arus resah yang tiada penghujung-nya.. Apakah hati dan firasat masih lagi bertahta di jiwa..?

-bab terlerai cinta-

Sekadar luahan hati dan firasat yang mencapai makna sejati dalam sejiwa dan terlaksana sudah kala malam mengambang..

-bab terlerai cinta-

Keadaan yang dirasakan oleh hati dan firasat di selari-kan oleh pergerakan fizikal dan masih jelas lagi semua-nya..

-bab terlerai cinta-


Bibir jua yang melafazkan kata
hati dan firasat seperti bait-bait nota muzik dan di alunkan bersama cinta suci..

-bab terlerai cinta-


Indah seketika dan sesungguhnya hati dan firasat saling memerlukan antara satu sama lain.. (sekadar di pandangan mata)

-bab terlerai cinta-


Fungsi nya adalah seakan matahari dan bulan begitu jua hati dan firasat yang beredar di antara satu posisi yang bersilang dari kehidupan kita di bumi ini..

-bab terlerai cinta-

Warna hati dan firasat berbeda di antara satu sama yang lain kerna kita bisa berfikir untuk mencorakkan jiwa dan cinta kita dengan kadar yang minimum jua optimum..


Atap.Umbi : Muhasabah diri semoga di lindungi dan di rahmati oleh-Nya...

Friday, May 20, 2011

Hari Lahir 19.Mei.2011


Kredit to kak Nieda for the Best Foto (;



>> terima kasih kpd semua yg memberi kek dan ucapan selamat hari jadi/ birthday's serta jasa baik kalian akan ku kenang selama-lamanya.

>> juga kepada rakan sepejabat KLRC terima kasih byak2 seperti Kak Aton, Ricky, Kak Nieda, Tariq, Bernard, Cik Eira Syahirah, Miss Jamilah a.k.a Jamie, Aieda Mila, Shakila, Kiki & Yusrina..

>> this was a Moment 0nce in a Lifetime! You all R0cks! tiada kata dapat di ungkapkan hanya terima kasih banyak2 kpd Anda Semua..!

>> best wishes and salam sayang kpd teman2 ku di FB, twitter and My.Space!


Nukilan ikhlas dpd Muaz Hasburllah '2011

Friday, February 11, 2011

Kisah Tak Sempurna


Salam Semua,

Sinetron ternyata menjadi sumber inspirasi hidup ku yang tidak sempurna seperti kisah2 yang selalu di ceritakan kepada sesiapa saja. Namun aku beruntung memiliki segala jua kudrat yang Maha Esa telah anugerahkan kepada setiap hamba di muka-bumi ini.



Perjalanan yang masih panjang bakal ku tempuhi pada dekad ini dan inshaallah, pasti aku senantiasa di lindungi oleh-Nya. Kita hanya pinjaman di alam maya dan nyata namun, aku berpijak di bumi-Nya.

Salam ikhlas ku kepada semua blogger's, FB, Tweet's & etc.

-Wassalam-

Tuesday, September 21, 2010

Salam Aidilfitri '2010

Memori hari raya Aidil-Fitri 2010 yang lepas sememang-nya menjadi ingatan sampai bila-bila.

Bertandang ke rumah teman2 best sangat2 dan yang paling penting semua Happy & Aidilfitri ceria bersama2 sahabat dan kawan2.

Di harap semua bergembira di Hari Lebaran ini bersama keluarga sanak-saudara dan teman taulan sekali.

Atap.Umbi : di mana bumi di pijak, di situ kita mengeratkan silaturraahim bersama2 setiap insan.

Saturday, August 7, 2010

Kerinduan

'Ma..'

'Iya Pa'

'Aku rindu sekali Ma..'

'Aku juga Pa,'

'Aku malas kerja hari ini, nggak semangat ke kantor'

'Jangan Pa, kasihan anak-anak kalo Papa ke PHK, siapa yang menghidupi anak-anak.'

'Atasanku suka marah-marah, aku merasa capek kerja terus.'

'Sabar Pa, Papa harus kuat dan tegar,'

'Mama pergi bukan karena marah sama Papa kan?'

'Bukan Pa, Mama sayang ama Papa'

'Aku ikut mama aja ya? Boleh nggak?'

'Kasihan anak-anak Pa, sendirian.'

'Aku nggak kuat Ma..' Ucap Laki-laki yang hati kepedihan yang teramat dalam, matanya memerah. Beberapa kali dia mengucapkan istighfar memohon ampun kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kemudian memanjatkan doa di makam istrinya. Beberapa hari lagi memasuki bulan puasa masih teringat puasa yang lalu istrinya masih menyediakan kolak kesukaannya setiap kali berbuka puasa. Kerinduannya hari ini sudah tak tertahan lagi kepada istrinya yang sudah tiada.

Wassalam,
SUMBER by agussyafii

Wednesday, July 14, 2010

di buru Bayang


Persamaan Bayang .. Acap kali di nyatakan untuk kehidupan manusia namun bayang-bayang tak pernah lari daripada kita setiap saat dan masa.


Bayang-bayang yang mengejar kita umpama roda yang berputar pada paksi-nya mengikut jumlah ketentuan hari cuaca waktu dan jarak pada paksi yang di henti sendiri.


Maka, aku kisah-kan sebuah polar genre Bayang yang kadang-kala, aku masih tertanya-tanya bayang siapakah yang ku lihat sejak satu ketika dulu semasa ku masih berusia 10 tahun lagi.



Pernah pada waktu itu, sekitar tahun 1999 sewaktu aku berada di laman belakang rumah yang berdekatan dengan dapur ibu-ku (terfikir sejenak..) dan pada ingatan-ku waktu itu hujan panas dan renyai-renyai.

Seolah-olah hati-ku berbisik dan berkata kepada telinga ku untuk segera pergi ke dalam rumah iaitu dapur ibu-ku. (Pelik tetapi Aneh dan Benar)

Kuasa yang Maha Esa sahaja mampu menjadikan sesuatu benda dengan sekelip mata. Kejadian ini sememang-nya, tidak mungkin dapat ku lupakan sehingga ke hari ini.

Kelihatan suatu bayang yang entah dari mana muncul betul-betul berada di sebelah kiri rumah jiran ku pada ketika itu. (terasa seram sejuk dan menggigil teramat sangat..)

Aku terkejut sebentar dan beristighfar di dalam hati pada waktu itu. Agak-nya bayang itu muncul tanpa ku sedari kerna waktu sibuk menyimpan dan menyusun pasu bunga yang ibu arahkan kepada-ku pada ketika itu.



Tetapi, aku masih tergamam melihat bayang-bayang itu seperti memerhatikan gerak geri aku yang tiba-tiba menjadi buntu melihat suatu kejadian aneh berlaku pada tika dan saat itu.

Secepat kilat, aku berlari menuju ke pintu dapur ibu-ku untuk pergi ke dalam rumah. Terasa lega, apabila kaki-ku berpijak semula memasuki dapur ibu sambil menuju ke ruang tamu.

Fuhh! Aku terasa amat-amat lapang bersama keluarga (saat ketika itu) dan berharap tidak di buru Bayang lagi.

Thursday, July 1, 2010

Bayangan Kenangan


Jauh Perjalanan Luas Pemandangan perumpamaan yang dapat di pamerkan di dalam ruangan bayangan kenangan ini. Pertama kali bersua dan bergambar bersama Pelakon dan Model serta Juri Anak Wayang pada tahun 2009 bersama Nasha Aziz di dalam program Anak Wayang Musim Pertama di Studio Astro Bukit Jalil. Beliau seorang yang baik hati dan professional di dalam karier-nya serta senang bergambar dengannya. Thanx to my best buddy Shahrol Nizam yang mengambil foto ini!




Zoo Negara memang best serta enjoy untuk di lawati namun pelbagai ragam haiwan dapat di lihat dan di dengari di dalam-nya. Sangat menghargai detik dan masa ketika ini kerna dapat melihat sendiri haiwan2 tersebut.



Bangau Oh Bangau sedang menikmati makanan dan menjamu selera .. ahaks!




Badak Sumbu yang berendam untuk mandi-manda.



Jualan Zoo Negara kepada pelawat-pelawat untuk di beli dan di bawa pulang sebagai tanda kenangan serta ole-ole untuk kanak2 yang mengemari baloon, kraftangan, t-shirt, topi dsb-nya.



Rusa yang bersama sepanjang masa sedang menikmati makanan dan hidangan yang telah di berikan oleh pekerja-pekerja di Zoo Negara.



Foto di atas adalah kenderaan yang di gunakan untuk melawat Zoo Negara bagi memudahkan pelawat untuk tidak berjalan kecuali tersenyum, mengambil foto haiwan serta melambai tangan seperti Miss World .. ahaks!

Foto Kedua di ambil semasa Hari Tentera Darat pada tahun 2003 bersama-sama kawan yang ingin melihat sendiri keunikkan kenderaan dan peralatan serta senjata2 yang di gunakan oleh Tentera Darat Di-Raja Malaysia.

terima-kasih kepada abang Tentera yang sudi mengambil foto ini!



Foto Kelas pada tahun 1999 yang kekal abadi menjadi kenangan yang paling berharga. Terima Kasih Cikgu/Pn.Sadhana yang menjadi Guru Kelas serta Cikgu Seni kami pada waktu itu. Cikgu yang penuh kreatif dan inovatif di dalam setiap perkara yang telah beliau lakukan.

Monday, June 28, 2010

Chori Chori Chupke