
Capal dari perkataan 'Capali' yang berasal dari India merupakan alas kaki tradisional yang dikatakan dipakai oleh semua lapisan masyarakat sebelum kedatangan pelbagai fesyen kasut yang ada sekarang.
Walaupun zaman berubah dan citarasa pemakaian kasut pelbagai, namun capal masih mendapat tempat di kalangan masyarakat untuk digayakan.
Malah, pemakaiannya amat bersesuaian apabila dipadankan dengan semua jenis pakaian untuk menghadiri sebarang majlis.
No comments:
Post a Comment