the.0fficialy.Me

Open Letter

Welcome kpd semua pelayar internet dan terima kasih kerana sudi melawati my blog at

http://moasleeq.blogspot.com

saya berharap anda terhibur dan gembira melayari my website.

Sunday, August 8, 2010

MERDEKA 2010


Merdeka atau istilah istiqlal dan hurriyyah, tidak dimaktubkan di dalam Al-Quran. Namun begitu, Islam adalah suatu agama yang membawa ciri kemerdekaan yang sejati bermula daripada sikap perhambaan kepada makhluk (sesama manusia) dialihkan kepada suatu perhambaan yang murni iaitu kepada Sang Pencipta alam yang sejelasnya layak dan tidak sama cirinya berbanding kita. Islam memerlukan tanah, manusia yang berakal dan kebebasan melaksanakan semua peraturan hidup untuk diletakkan syariatnya. Tanpa ketiga elemen ini, maka tiada justifikasi syariat (peraturan) Islam diturunkan.

SUMBER BY

Muhammad Nuruddin Bashah
Universiti malaya
11.13 malam
28 Ogos 2006

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kemerdekaan dari segi sikap: Minda kita adalah merdeka apabila kita berjaya membebaskan diri kita dari sikap-sikap negatif seperti malas, bekerja kerana terpaksa (tidak bersungguh-sungguh atau tidak ikhlas), lambat bertindak, sering menangguhkan kerja, tidak fokus terhadap pekerjaan dan kabur dengan matlamat perjuangan hidup.

Kemerdekaan dari segi pemikiran: Pemikiran yang merdeka adalah pemikiran yang tidak terkongkong dan bebas daripada nilai-nilai negatif. Pemikiran di luar kotak. Pemikiran yang mencetus pembaharuan dan idea-idea bernas yang memberi sumbangan terhadap masyarakat.

Untuk mencapai kedua-dua jenis kemerdekaan di atas, kita harus membebaskan diri daripada pemikiran dan sikap mementingkan diri, sikap suka mempertahankan status quo kepada keinginan untuk berubah mengatasi masalah dan menjadi lebih baik pada masa akan datang.


SUMBER BY
http://dukeamienerev.blogspot.com

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Terkenang kembali saat-saat dimana Allahyarham Tunku Abdul Rahman melaungkan kalimah keramat. Merdeka!!! Saat itu satu penduduk Tanah Melayu gembira sehingga mengeluarkan air mata kerana sudah lagi tidak di bawah naungan mana-mana kuasa penjajah. Kemudian 16 September 1963 secara rasminya nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia dan pada masa itu juga Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia membentuk sebuah negara yang berdaulat.


SUMBER BY
http://shazclan.com/archives/merdeka/

© 2010 Blogger.All Rights Reserved.

No comments:

Post a Comment