the.0fficialy.Me

Open Letter

Welcome kpd semua pelayar internet dan terima kasih kerana sudi melawati my blog at

http://moasleeq.blogspot.com

saya berharap anda terhibur dan gembira melayari my website.

Friday, August 6, 2010

Lupa Budi

Salam 1Malaysia dan cuma isi-hati yang terpendam oleh kerana dendam dan ketidak-puasan tersimpan, sejak sekian lama oleh seseorang yang bernama insan.

Hari Jumaat yang mulia ini menjadi titik-noktah untuk aku lebih berhati-hati mempercayai sesiapa sahaja kerna akhir-nya diri sendiri yang menjadi mangsa keadaan. Nukilan yang tak seberapa ini hanya luahan hati kenapa, mengapa dan apa motif-nya..?

Aku pun tak mengerti apa yang sedang aku lalui pada masa ini. Hanya yang maha Esa sahaja tempat ku berdoa dan berserah dek kerana Payung untuk di pinjamkan namun sudah beberapa hari tidak di pulang-kan..

Akhir-nya yang aku tahu Payung tersebut tertinggal di dalam pengangkutan awam yang terdapat di tempat itu. Apakah payah atau susah untuk berterus-terang memberitahu ianya hilang atau pun terlupa di dalam pengangkutan awam tersebut..?

Beristighfar sebentar (dalam hati ini) sambil berfikir kembali ..apakah yang ingin di beritahu insan tersebut kerna aku manusia biasa yang berbuat baik sesama insan dengan meminjamkan payung apabila seseorang memerlukan-nya.

Itupun Payung tempat kerja ku dan jikalau Payung tersebut kepunyaan aku terpulang-lah kerna hanya Allah swt sahaja yang menentukan arah tujuan hidup seseorang itu.

Berlarutan sehingga ke hari ini natijah dan musibah yang melanda diri semoga dapat aku harungi dengan bantuan pertolongan daripada Allah swt untuk aku terus Berdiri membela nasib Diri.

Secara ikhlas-nya, aku meminta dengan secara baik kerana menghormati insan tersebut yang lebih berusia daripada-ku. Namun, di sebalik-nya aku yang menjadi punca kepada segala yang berlaku.

Aku berharap, suatu hari nanti Allah swt memberi petunjuk untuk aku lebih berhati-hati mengenali setiap insan di muka-bumi ini.


Atap.Umbi : Pesanan Ibu tetap ku ingati moga berhati-hati di lain-kali!


No comments:

Post a Comment