the.0fficialy.Me

Open Letter

Welcome kpd semua pelayar internet dan terima kasih kerana sudi melawati my blog at

http://moasleeq.blogspot.com

saya berharap anda terhibur dan gembira melayari my website.

Wednesday, June 30, 2010

Bumi Gaza


Genting Gaza (bahasa Arab: قطاع غزةditransliterasikan sebagai Qiṭāʿ Ġazza/Qita' Ghazzah, bahasa Ibrani: רצועת עזה Retzu'at 'Azza) juga dikenali sebagai Semenanjung Gaza) adalah sebuah genting berpantai di sepanjang Laut Medditeranean yang ditadbir oleh Hamas. Ia bersempadankan Mesir di sebelah tenggara dan Israel di sebelah timur dan utara. Panjangnya kira-kira 41 kilometer (25 batu), dan di antara 6 dan 12 kilometer (4–7.5 mi) lebar, dengan satu keluasan berjumlah 360 kilometer persegi (139 batu persegi). Kawasan ini tidak diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai sebahagian daripada negara berdaulat tetapi ia dituntut oleh Pihak Berkuasa Palestin sebagai sebahagian dari Wilayah Palestin. Semenjak Jun 2007 selepas pertempuran Gaza, kawasan ini sebenarnya dikuasai oleh kerajaan de facto Hamas.

Wilayah ini mengambil nama sempena nama bandaraya utamanya iaitu Gaza. Ia mempunyai kira-kira 1.4 juta penduduk berketurunan Arab Palestin (atau orang Gaza).[1]



No comments:

Post a Comment