the.0fficialy.Me

Open Letter

Welcome kpd semua pelayar internet dan terima kasih kerana sudi melawati my blog at

http://moasleeq.blogspot.com

saya berharap anda terhibur dan gembira melayari my website.

Monday, June 28, 2010

Bermuda Triangle

Tidak semua pertanyaan ada jawapannya. Demikian pula dengan sejumlah peristiwa dan fenomena alam di bumi ini. Tidak semua boleh dijelaskan. Bagi anda yang menggemari kisah misteri, sudah pasti Segitiga Bermuda berada di dalam minat anda. Wilayah laut di selatan Amerika Syarikat dengan titik sudut Miami (di Florida), Puerto Rico (Jamaica), dan Bermuda ini, telah berabad-abad menyimpan kisah yang dapat dihuraikan. Kisah misterinya bukan bermula sejak awal abad ini, malah turut dicatakan oleh pelayar terkenal iaitu Christopher Columbus.

Sekitar 1492, ketika dirinya akan mengakhiri perjalanan jauh yang menuju dunia barunya, Amerika Syarikat, Columbus sempat menyaksikan fenomena aneh di Segitiga Bermuda. Di tengah suasana laut yang terasa aneh, jarum kompas di kapalnya berubah berkali-kali. Padahal cuaca pada hari itu sangat baik.

Lebih dari itu, tidak jauh dari kapalnya, pada suatu malam tiba-tiba para anak kapalnya dikejutkan dengan kemunculan bebola api yang terjun begitu saja ke dalam laut. Mereka juga menyaksikan lintasan cahaya dari arah ufuk yang kemudian menghilang begitu saja.

Begitulah Segitiga Bermuda. Di wilayah ini, indera keenam memang seperti dihantui 'suasana' yang tak biasa. Namun begitu rombongan Columbus masih beruntung, kerana mendapat 'pertunjukkan'. Lain dengan kapal-kapal yang lalu di situ.

Menurut catatan seharian, peristiwa terbesar yang pernah terjadi di wilayah ini adalah lenyapnya sebuah kapal berbendera Inggeris, Atlanta, pada 1880. Tanpa jejak, kapal yang dinaiki tiga ratus kadet dan perwira AL Inggeris itu ghaib di sana. Selain Atlanta, Segitiga Bermuda juga telah menelan ratusan kapal lainnya.

Segitiga Bermuda juga telah membungkam puluhan pesawat yang melintasinya. Peristiwa terbesar yang kemudian dilaporkan sekitar 1990 lalu adalah ghaibnya lima Grumman TBF Avenger AL Amerika Syarikat yang tengah mengawal melintas wilayah laut ini pada siang hari 5 Disember 1945. Setelah sekitar dua jam penerbangan komandan penerbangan melaporkan, bahawa dirinya dan anak buahnya seperti mengalami disorientasi. Beberapa minit kemudian kelima TBF Avenger ini pun ghaib tanpa sempat memberi isyarat SOS.

Anehnya, misteri Avenger tak berakhir di situ saja. Ketika sebuah pesawat SAR jenis Martin PBM-3 Mariner dihantar untuk mencarinya, pesawat amfibia dengan 13 anak kapal ini pun turut lenyap. Hilang bak ditelan udara. Keesokan harinya ketika wilayah- wilayah laut yang diduga menjadi tempat kecelakaan keenam pesawat disapu enam pesawat penyelamat pantai dengan 27 anak kapal, tiada satu pun serpihan pesawat ditemui.

Tahun demi tahun berlalu. Sekitar 1990, tanpa diduga seorang pengkaji berjaya serpihan kerangka pesawat di pantai Fort Launderdale, Florida. Orang ramai terkejut kerana ketika cantuman dibuat ianya adalah sebahagian daripada bahagian pesawat TBF Avenger.

Banyak teori kemudian dihubung-hubungkan dengan segala kejadian di sana. Ada yang menyebut teori pelangkauan waktu, medan gravitasi terbalik, abrasi atmosfer, dan ada juga teori anomali magnetik-gravitasi. Selain itu ada juga yang mengaitkannya dengan fenomena gempa laut, serangan gelombang tidal, hingga lubang hitam (black-hole) yang hanya terjadi di angkasa luar sana.

Apa pun yang pasti Segitiga Bermuda ini akan tetap terus menjadi misteri...



Komik King


My old school comic Archie and The Jughead is very famous and popular till now. ahaks!



the details of each episode makes me addicted to get the new series every month.



still my No.1 Comic for 4ever ahaha..!






Merealisasikan Gagasan 1Malaysia bagi meningkatkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Menyokong program -1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian di utamakan. 1Malaysia. People First. Performance Now." “Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.

Kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama”. SUMBER : BERNAMA




Chori Chori Chupke

Yang Pasti

Peraturan hidup yang kadang-kala memenatkan minda dan tenaga. Suatu sudut yang mutlak terjadi di sebalik peristiwa silam lampau dan terkini.

Pandangan individu berbeza mengikut jisim akal fikiran yang berserabut, celaru tatkala tiba masa yang pasti datang kerna kita umpama Domino hidup.

Pemahaman inspirasi kenyataan yang sendiri tahu untuk menempuhi cabaran baru di tahun 2010 ini. Kesan spekulasi yang tersebar bak internet muncul tanpa di sedari oleh manusia.




Sunday, June 27, 2010

-Diriku The Blogger Boys-



Tahun 2010 membawa sejuta makna untuk mengenali kelebihan dan kekurangan yang adapada ku dan itu, ku pelajari di dalam setiap liku-liku hidup yang di lalui bersama keluarga, sahabat dan kekasih.

Yang pasti nya kita tidak dapat lari daripada kehidupan sementara di muka bumi ini.
jauh sekali perjalanan luas permandangan untuk mejelajahi bumi akar seni perlu ada keyakinan diri.

Bertubi-tubi beronak duri tersemat di hati setiap lukisan diri terpampang di medan bumi yang nyata ini.




Hujan Gerimis


oh hujan turun dengan lebat nya pada pagi minggu yang sunyi sepi sedang mereka asyik melayan mimpi nyenyak tidur bersama hujan gerimis lebat mencurah ke bumi.

seekor burung yang melepasi tingkap kamar ku yang menumpang berteduh tatkala hujan gerimis mencurah dengan lebat-nya.

pasti yang berlaku di atas ketentuan Illahi kerna kita bersyukur di anugerah kan air mata hujan gerimis pada setiap hari, detik dan waktu.



-Hoorey-


salam hormat dan selamat datang ke laman blogger saya.
Harapan yang tinggi tersemat di jiwa untuk menerokai laman hidup yang baru dengan sinaran matahari yang terbit tinggi.

Permulaan yang pasti membawa kenangan tersendiri di dalam hidup kita yang penuh suka duka bergaul rasa bersama resam hidup dunia yang tak pasti untuk di duduki lagi.